KAWASAN TANAH PAMAH

Ciri-ciri tanah pamah

  • Bermula dari pantai barat Semenanjung Malaysia (dari utara Perlis hingga ke selatan Johor)
  • Lebih kurang 800 km panjang
  • Beza lebar 200-650 km
  • Sekitar sungai bertanah pamah dan berdataran
  • Dataran adalah kawasan lebih rendah dan luas

Kawasan tanah pamah di Malaysia

Dataran sungai Perak                         Dataran Sungai Bernam                                  Dataran Kedah

Pantai Barat:

  • Kawasan lembah sungai seperti di Sungai Perak (Perak) dan Sungai Bernam (Selangor)
  • Dataran luas seperti Dataran Kedah
  • Dataran kawasan rendah seperti bahagian hiliran sungai

Pantai Timur:

  • Dari Kelantan ke Johor
  • Jaluran tidak berterusan di potong oleh kaki bukit
  • Terdapat lembah sungai

Sabah

  • Pantai barat dan pantai timur
  • Hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama
  • Dataran Pinggir Laut Barat Sabah

Sarawak

  • Sepanjang 650 kilometer
  • Sebelah barat daya lebih lebar
  • Lembangan luas
  • Berpaya, pantai berlumpur dan pasir di pinggir laut

KAWASAN PINGGIR LAUT


Ciri fizikal di sepanjang kawasan pinggir laut adalah seperti:

a)      Tebing tinggi

  • Terdapat tebing batu-batan bercerun curam, dan batuan keras
  • Merupakan tempat rekreasi, rumah pelancongan dan pusat rumah api
  • Contoh: Tanjung Bungah, Pulau Pinang

b)      Tanjung

  • Dataran yang menganjur ke laut
  • Merupakan tempat rekreasi
  • Contoh: Tanjung Dawai, Kedah; Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan Tanjung Bidara, Melaka

c)       Pantai

  • Timbunan pasir dan batu kerikil sepanjang pantai
  • Kawasan permatang pasir sesuai untuk pelancongan
  • Contoh: Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan; Pantai Cahaya Bulan, Kelantan; Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang.

d)      Teluk

  • Tempat air antara dua tanjung menganjur ke daratan dan tiada tiupan angin dan ombak
  • Merupakan tempat penempatan nelayan, tapak pelabuhan, pusat perikanan dan perkelahan
  • Contoh: Teluk Ramunia, Johor; Teluk Chempedak, Pahang; Teluk Kimanis, Sabah

e)      Batu sisa

  • Terbentuk akibat dari hakisan batu tinggi

f)      Batu tunggul

  • Terbentuk akibat runtuhan gerbang laut yang berpunca dari hakisan yang berterusan

g)       Gerbang laut

  • Terbentuk dari hakisan giat di dua buah gua yang terbina secara bertentangan di sesuatu tanjung.

SISTEM GUNUNG LIPAT

PROSES PEMBENTUKAN GUNUNG LIPAT

 

Sistem Gunung Lipat Muda

  • Bermula sejak 35juta tahun dahulu
  • Bermula dari Pusaran pamir dan menganjur ke Timur
  • Banjaran adalah tinggi-tinggi
  • Banjaran Himalaya adalah banjaran terpanjang dan tertinggi di dunia
  • Proses lipatan bersambung dan menganjur ke tenggara dan melengkok ke selatan Asia Tenggara
  • Proses lipatan berakhir di Filipina

Sistem Gunung Lipat Tua

  • Terbentuk kira-kira 100 juta dahulu
  • Dikenali sebagai Sistem Gunung Indo-Malaya
  • Dataran terbentuk bermula dari Dataran Tinggi Yunnan di negara China

KAWASAN TANAH TINGGI

Ciri-ciri tanah tinggi di Malaysia:

  • Terhasil daripada proses lipatan kerak bumi iaitu sistem gunung lipat.
  • Purata ketinggian banjaran-banjaran gunung adalah 1 525 meter.
  • Terdiri daripada batu kapur dan batu granit.

Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia

  • Tanah tinggi terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.
  • Tanah tinggi terpanjang ialah Banjaran Titiwangsa iaitu 500km, terletak di timur Banjaran Bintang.
  • Banjaran lain ialah Banjaran Bintang, Banjaran Benom, Banjaran Tahan dan Banjaran Pantai Timur.

Tanah tinggi di Sarawak

  • Kawasan tanah tinggi terletak di kawasan pedalaman dan banjaran bersambung dari Banjaran Crocker.
  • Purata ketinggian ialah 1 200 meter.
  • Gunung Murud adalah puncak tertinggi di Banjaran Tama Abu iaitu pada ketinggian 2 425 meter.

Tanah tinggi di Sabah

  • 60% daripada kawasan Sabah ialah gunung-ganang.
  • Gunung Kinabalu dan Gunung Tambuyukon merupakan gunung tertinggi di utara Sabah.
  • Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 4 095 meter.

Unit 6: Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi

Kedudukan Malaysia

  • Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara
  • Kedudukannya di garis lintang 1⁰U dan garisan bujur 100⁰T hingga 120⁰T
  • Keluasan Malaysia ialah 329 758 km persegi

Keistimewaan Kedudukan Malaysia

  • Terletak di tengah-tengah jalan perhubungan air dan udara antarabangsa
  • Bebas daripada bencana alam
  • Iklim panas dan lembap sepanjang tahun

Hello world!

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!

This entry was posted on Mei 2, 2012. 1 Komen